Munoz bosan taktik melengahkan permainan

Munoz bosan taktik melengahkan permainan

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz.-UTUSAN/RAJA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz berpas hati dengan persembahan pemain yang berjuang bermati-matian memburu gol bagi menghadiahkan kemenangan 3-0 ket atas Shan United FC aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Munoz berkata, usaha keras pemain mencari gol pembukaan membuahkan hasil apabila Oscar Arribas menyempurnakan sepakan sudut yang ke-14 dalam perlawanan itu.

Bagaimanapun, Munoz sedikit berang dengan aksi lawan yang menggunakan helah melambatkan permainan hingga mengganggu tempo Harimau Selatan yang sudah mula menemui sentuhan penyudah.

“Tidak cukup dengan bermain ‘low block’, mereka merencatkan tempo permainan dengan terbaring di atas padang dan pasukan perubatan terpaksa masuk padang enam ke tujuh kali untuk memeriksa mereka. Helah itu sahaja sudah membuang masa hingga tujuh ke 10 minit masa permainan.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam bola sepak moden, penonton datang ke stadium untuk melihat aksi yang menarik, bukannya untuk ini. Sudah tibanya untuk ubah peraturan ini, segera bawa pemain cedera dapatkan pemeriksaan di luar padang,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, kelibat tiga pemain warisan yang berdepan penangguhan penggantungan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Munoz berkata, walaupun trio itu masih belum berada di tahap terbaik mereka namun kehadiran pemain warisan tersebut memberi impak kepada kemenangan JDT menewaskan kelab Myanmar berkenaan.

Katanya, bukan mudah untuk mereka kembali mendapat rentak setelah terlepas aksi kompetitif selama hampir empat bulan dan perlu mendapat minit permainan untuk membiasakan diri.

“Ini bagaikan tempoh pra musim buat mereka di mana pemain-pemain warisan ini perlu bermula dari awal, saya lihat mereka semakin baik dan perlu kerap diturunkan untuk kembali temui rentak.

“Saya berikan mereka lebih minit permainan pada perlawanan ini dan mereka dapat peragakan aksi terbaik yang membantu kemenangan pasukan. Itu yang penting,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN