PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan Ketua Editor dan Pengarang dalam talian terbitan China Press berhubung kesilapan terjemahan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Sidang Parlimen. MCMC dalam kenyataan berkata, siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima terhadap kandungan berkenaan yang disiarkan melalui akaun rasmi China Press di platform media dalam talian dipercayai melanggar Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Menurutnya, kandungan…








