Martinez kena tegur dengan Scholes, Butt

Martinez kena tegur dengan Scholes, Butt

Martinez sebelum ini mencabar Scholes untuk datang ke rumahnya selepas bekas pemain England itu dan Butt mempersenda ketinggian pertahanan itu ketika menentang penyerang tinggi lampai Manchester City, Erling Haaland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas bintang Manchester United, Paul Scholes dan Nicky Butt, menasihati pertahanan Lisandro Martinez supaya matang selepas tindak balas pemain Argentina itu terhadap kritikan mereka.

Martinez sebelum ini mencabar Scholes untuk datang ke rumahnya selepas bekas pemain England itu dan Butt mempersenda ketinggian pertahanan itu ketika menentang penyerang tinggi lampai Manchester City, Erling Haaland.

“Dia telah menampilkan persembahan cemerlang pada Sabtu, tetapi apabila mula bercakap dan bersuara terlalu lantang, bola sepak ada caranya untuk kembali membalas.

“Saya belum mengubah pendapat saya lagi, masih belum pasti anda boleh menjuarai liga dengannya, dia perlu mengekalkannya dalam tempoh masa panjang,” kata Scholes.

Butt pula menegaskan tindak balas Martinez menimbulkan persoalan mengenai mentaliti pemain itu.

“Ini hanya gurauan, Haaland tidak akan mengangkatnya dan berlari dengannya, ia hanya sindiran

“Kalau anda terlalu emosi dengan kata-kata di media atau podcast, untuk keluar dan berkata ‘Datang ke rumah saya’, matanglah, kerana jika tidak, anda tidak patut berada di kelab besar seperti Manchester United,” kata Butt.

Martinez menampilkan persembahan mantap membantu United menang 2-0, namun kontroversi berhubung reaksi emosinya terus menjadi tumpuan peminat dan media. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN