Malaysia kirim barisan muda di BATC

Malaysia kirim barisan muda di BATC

ARIF Junaidi-Yap Roy King
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hanya mengirimkan skuad muda tanpa kelibat bintang-bintang handalan dunia pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Tsingtao, China 3-9 Februari ini.

Berdepan jadual padat dengan Kejohanan Dunia di India pada Ogos, kemudian disusuli Sukan Asia di Jepun yang bermula 19 September-4 Oktober, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memilih jalan selamat mempertaruhkan barisan muda.

Ini belum mengambil kira jadual padat Jelajah Dunia yang tidak memungkinkan Malaysia menghantar skuad senior.

Menerusi perkongsian akaun Facebook BAM, hari ini, empat pemain perseorangan lelaki disenaraikan iaitu Justin Hoh yang menghuni ranking ke-39 dunia, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Eogene Ewe dan Kong Wei Xiang.

Bagi sektor beregu lelaki pula, skuad kebangsaan diketuai pasangan No. 17 dunia, Arif Junaidi-Yap Roy King, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dan Kang Khai Xing-Aaron Tai.

Untuk pasukan wanita pula, pemain No. 42 dunia, K. Letshanaa akan menerajui sektor perseorangan.

Turut berada dalam senarai, pemain yang menghuni ranking ke-43 dunia, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi dan Oo Shan Zi.

Gandingan No. 25 dunia, Ong Xin Yee-Carmen Ting, Chong Jie Yu-Vanessa Ng dan Cheng Sun Hui-Tan Zhing Yi disenaraikan bagi sektor beregu wanita.

Pencapaian terbaik skuad kebangsaan sejak BATC kali pertama dianjurkan pada 2016 adalah edisi 2022 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Pada ketika itu, skuad lelaki negara menjulang pingat emas, manakala, pasukan wanita membawa pulang gangsa.

Pada edisi lalu iaitu tahun 2024 menyaksikan Malaysia sekali lagi bergelar tuan rumah, pasukan lelaki gagal mempertahankan gelaran selepas kecundang di tangan China pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun, skuad wanita gagal mengekalkan pingat gangsa apabila pulang dengan tangan kosong pada kejohanan dwi tahunan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN