Logeswaran bukan nama asing cetus kontroversi

Logeswaran bukan nama asing cetus kontroversi

S. Logeswaran pernah mencetus kontroversi pada final Piala Malaysia 2023 melibatkan perlawanan Terengganu berdepan JDT.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nama pengadil saingan Liga Malaysia (Liga M), S. Logeswaran sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan, namun bukan kerana mutu pengadilan yang membanggakan, sebaliknya susulan beberapa keputusan kontroversi yang terus mencetuskan persoalan.

Kontroversi terbaharu tercetus ketika aksi Liga Super membabitkan Negeri Sembilan FC (NSFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Jumaat lalu, apabila masa permainan dilanjutkan melepasi tujuh minit masa kecederaan yang diumumkan.

Situasi itu menjadi semakin panas apabila JDT menjaringkan gol kemenangan 1-0 menerusi Manuel Hidalgo pada waktu yang sudah melepasi tempoh tambahan tersebut, sekali gus mengundang tanda tanya dalam kalangan penyokong mengenai tempoh sebenar masa kecederaan yang sepatutnya dimainkan.

Bukan itu sahaja, beberapa keputusan lain turut dipersoalkan termasuk kegagalan mengambil tindakan terhadap Eddy Israfilov yang jelas dilihat menyiku penyerang import NSFC, Joseph Esso pada separuh masa pertama, sekali gus menambah rasa tidak puas hati penyokong tuan rumah.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Logeswaran masih belum tersenarai sebagai pengadil FIFA.

Hanya tujuh pengadil negara disenaraikan iaitu Razlan Joffri Ali, Nazmi Nasaruddin, Tuan Mohd Yassin Tuan Mohd Hanafiah, Mohamad Kamil Zakaria Ismail, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman, Mohammad Zubir Mohamad Nawal dan Nurul Ain Izatty Zainal.

Namun begitu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini mengesahkan Logeswaran adalah antara pengadil senior Liga M dan memegang status Pengadil Kebangsaan Kategori A, sekali gus sering diberi kepercayaan mengendalikan perlawanan berprofil tinggi.

Rekod lampau turut menunjukkan mutu pengadilannya pernah dipersoalkan, termasuk pada final Piala Malaysia 2023 apabila beliau didakwa memberikan sepakan penalti ‘lembut’ kepada JDT dengan pantas, namun dilihat lebih berhati-hati dalam insiden membabitkan Terengganu FC (TFC) sehingga memerlukan campur tangan pembantu pengadil.

Logeswaran juga pernah terpalit dengan beberapa kontroversi lain termasuk tidak melayangkan kad merah kepada Jordi Amat dalam insiden menghalang Ivan Mamut, tidak menghukum Natxo Insa yang menyiku Casagrande pada 2021.

Malah, beliau turut membatalkan jaringan Rafael Vitor ketika Penang FC tewas kepada Kedah Darul Aman FC pada musim 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN