Letupan bom di Thailand, ICQS Rantau Panjang lengang

Letupan bom di Thailand, ICQS Rantau Panjang lengang

SUASANA Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang, Kelantan lengang semasa tinjauan semalam. – UTUSAN/ ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang di sini, lengang susulan insiden letupan bom menyasarkan hampir 12 stesen minyak di selatan Thailand, kelmarin.

Tinjauan di pintu sempadan Malaysia-Thailand itu mendapati, tiada kenderaan Malaysia beratur panjang melepasi sempadan negara ini.

Seorang pelancong, Ahmad Shahrul Yusof, 30, berkata, walaupun mengetahui ada kejadian letupan bom dia terpaksa bermalam di Golok Thailand, semalam.

“Saya tahu kejadian bom setelah melepasi sempadan Thailand pagi semalam. Saya tidak berpatah balik, tetapi bermalam di Golok, iaitu di rumah saudara,” katanya.

Menurutnya, pada waktu malam penduduk tidak dibenarkan keluar mulai pukul 9 malam hingga 5 pagi waktu Thailand.

“Sepanjang bermalam di sana, tiada apa-apa yang pelik berlaku. Kawalan ketat di pos sekatan polis sahaja,” katanya.

Bagi Mat Yusoff Ismail, 53, hanya isterinya yang masuk ke Thailand kerana ada urusan mengundi rakyat Thailand.

“Saya tidak berani masuk kerana takut insiden letupan bom itu. Isteri masuk semalam dan bermalam di Yala kerana urusan mengundi, tetapi hari ini dia pulang dan saya tunggu di pintu sempadan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mah­mod Mat Ail, 50, berkata, situasi lengang ini bukan sahaja disebabkan oleh letupan bom tetapi kebetulan semalam hari pertama sekolah dibuka.

“Ia bukan masa sesuai untuk melancong. Biasanya walaupun berlaku kejadian bom, rakyat Malaysia tetap masuk seperti biasa, mungkin hari Khamis ini sesak macam biasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN