Lens rampas kedudukan teratas Ligue 1

Lens rampas kedudukan teratas Ligue 1

PEMAIN Lens, Ruben Aguilar (tengah) meraikan kejayaannya apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Le Havre dalam aksi liga semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lens kembali merampas kedudukan teratas Ligue 1 selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Le Havre dalam aksi liga yang berlangsung semalam.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh bek kanan, Ruben Aguilar yang muncul wira pasukan apabila menyempurnakan hantaran lintang Matthieu Udol pada masa kecederaan separuh masa pertama di Stade Bollaert-Delelis.

Kemenangan itu amat bermakna buat Lens selepas mereka mengalami kekalahan 3-1 kepada Marseille minggu lalu, sekali gus menamatkan rentetan 10 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Sebelum perlawanan, Lens berada di tangga kedua liga, dua mata di belakang juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG).

Kemenangan tersebut menyaksikan Lens kini mendahului carta liga dengan kelebihan satu mata selepas 20 perlawanan.

Bagaimanapun, kedudukan itu masih belum selamat sepenuhnya apabila PSG, di bawah kendalian Luis Enrique, berpeluang merampas kembali tempat teratas sekiranya mereka mengelakkan kekalahan ketika bertandang ke Strasbourg, esok.

Dalam perkembangan lain, Lens kini selesa di kedudukan tiga teratas dengan kelebihan lapan mata terhadap Marseille yang bakal berdepan Paris FC, hari ini dalam usaha bangkit selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, pertembungan menarik turut dijangka esok apabila Lyon melayan kunjungan Lille dalam perlawanan melibatkan pasukan di tangga keempat dan kelima Ligue 1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN