SEREMBAN: Seramai lapan orang bayi dilahirkan bersempena tahun baharu 2026 di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) setakat pukul 2 petang tadi. Kesemua bayi berkenaan iaitu lima bayi perempuan dan tiga bayi lelaki itu bersama ibu masing-masing diraikan dalam satu majlis hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO negeri, Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman turut hadir meraikan kelahiran bayi-bayi berkenaan. Pada majlis itu, kesemua ibu bayi…







