KUCHING: Kawasan-kawasan perkampungan di bahagian ini antara yang terjejas teruk oleh banjir akibat hutan lebat tanpa henti sejak semalam, khususnya melibatkan Daerah Bau, Serian, Siburan, Samarahan dan Simunjan. Berdasarkan maklumat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Daerah Siburan paling banyak terjejas dengan enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat ini. PPS yang dibuka di Siburan ialah di Balai Raya Kg. Betong Kanowit bagi menempatkan seramai 26 mangsa dari enam Ketua…







