PETALING JAYA: HSBC Bank Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen perbankan premium apabila merasmikan pembukaan HSBC Premier Centre di Petaling Jaya, satu langkah strategik bagi memperluas perniagaan pengurusan kekayaan dan perbankan antarabangsa di negara ini. Pembukaan pusat berkenaan mencerminkan keyakinan HSBC terhadap potensi pertumbuhan ekonomi Petaling Jaya sebagai hab pembinaan kekayaan, sejajar dengan peningkatan jumlah usahawan, profesional dan pemilik perniagaan berpendapatan tinggi di kawasan itu. Ketua Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan…










