Giliran Arif-Roy King pula tersingkir

Giliran Arif-Roy King pula tersingkir

Aksi pasangan beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King ketika menentang pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada pusingan keenam belas Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, kelmarin. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rentak kemenangan, semalam, gagal dipertahankan, apabila satu demi satu wakil negara tumbang dan beregu lelaki, Arif Junaidi-Yap Roy King menjadi mangsa terbaru tersingkir pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Pasangan ke-17 dunia itu yang berusaha memberikan tentangan sengit, gagal untuk menjinakkan gandingan No. 3 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 18-21, 11-21 dalam masa 39 minit.

Kekalahan itu menyaksikan Arif-Roy King kini ditimpa kekalahan kali keempat berturut-turut di tangan bekas beregu No. 1 dunia dari India tersebut.

Kegagalan Arif-Roy King melangkah lebih jauh pada kejohanan berstatus Super 1,000 itu, menyaksikan Malaysia setakat ini hanya memilik satu wakil yang berjaya mara ke suku akhir iaitu beregu campuran No. 4 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Selain Arif-Roy King, turut terkandas, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah; beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin serta perseorangan lelaki, Leong Jun Hao. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN