City kembali mengigit, Spurs hilang arah

City kembali mengigit, Spurs hilang arah

Penyerang Manchester City, Omar Marmoush (tiga dari kanan) diraikan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Etihad, Manchester, England, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan lawan mereka 2-0 di Stadium Etihad sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal kepada empat mata.

Gol awal Omar Marmoush dan jaringan Antoine Semenyo sudah cukup untuk meredakan tekanan ke atas skuad kendalian Pep Guardiola yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Kemenangan itu melonjakkan City ke kedudukan lebih baik dalam carta liga ketika Arsenal bakal berdepan Manchester United dalam aksi penting awal pagi esok.

Sementara itu, tekanan semakin memuncak ke atas pengendali Tottenham Hotspur, Thomas Frank selepas pasukannya sekadar seri 2-2 menentang Burnley di Turf Moor.

Spurs mendahului menerusi rembatan kencang Micky van de Ven namun kelonggaran pertahanan membolehkan Burnley bangkit menerusi Axel Tuanzebe dan Lyle Foster.

Tottenham hanya terselamat daripada kekalahan apabila Cristian Romero menanduk masuk gol penyamaan pada minit akhir perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Spurs kekal di tangga ke-13 liga sekali gus menambah keresahan penyokong terhadap hala tuju pasukan.

Dalam satu lagi perlawanan, Fulham bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 hasil jaringan kemenangan Harry Wilson pada masa kecederaan.

West Ham pula meraih kemenangan penting 3-1 ke atas Sunderland bagi menghidupkan peluang mereka keluar dari zon penyingkiran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN