KUBANG PASU: Seorang pemuda yang menerima rawatan di sebuah hospital di Krabi, Thailand akibat kemalangan jalan raya di wilayah itu selamat menjalani pembedahan pada muka dan tebukan pada saluran pernafasannya. Muhammad Hazim Rafiq Hussain, 21, menjalani pembedahan itu bagi membetulkan semula kedudukan tulang muka serta prosedur trakeostomi pada Rabu lalu. Menurut Muhammad Harith Rafie, 24, adiknya buat masa ini masih menggunakan mesin bantuan pernafasan dan diberikan ubat tidur selain tiub…








