KUANTAN: Selepas melalui proses perbicaraan yang panjang sehingga tujuh tahun, seorang pesara kerajaan akhirnya dapat menzahirkan kelegaan dengan melakukan sujud syukur apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membebaskannya daripada semua pertuduhan. Bekas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Pekan dekat sini, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 61, dilihat berjalan ke satu sudut sejurus selepas keluar dari bilik Mahkamah dan melakukan sujud syukur. Dia sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 15…










