JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri di sini teruja apabila menyambut kelahiran bayi kembar lelaki mereka pada tarikh tahun baharu 2026. K. Puvaneswaran, 38, dan isterinya V. Permaladevi, 37, menyambut kelahiran bayi kembar lelaki pada pukul 11.13 dan 11.15 pagi tadi di Hospital Pakar Johor dengan kedua-dua bayi itu masing-masing seberat 2.6 kilogram. Menurut Puvaneswaran, dia tidak menyangka akan menerima bayi kembar pada tarikh yang bermakna ini malah berharap anaknya sihat…







