Barcelona bangkit tundukkan Slavia 4-2

Barcelona bangkit tundukkan Slavia 4-2

PEMAIN Barcelona, Fermin Lopez meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Slavia Prague di Fortuna Arena, Prague.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRAGUE: Barcelona bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan 4-2 ke atas Slavia Prague dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada aksi yang mencabar berikutan suhu mencecah -8 darjah Celsius.

Bermain dalam keadaan cuaca sangat sejuk, menyaksikan Fermin Lopez muncul wira Barca dengan dua gol di babak pertama, manakala Dani Olmo dan Robert Lewandowski menambah dua jaringan selepas rehat untuk memastikan tiga mata mampu dibawa pulang.

Keputusan itu melonjak Barcelona ke tangga kesembilan dengan mengumpul 13 mata, berkongsi jumlah mata dengan tujuh pasukan lain yang bersaing sengit memburu kelompok lapan terbaik dan tiket automatik ke pusingan 16 terakhir.

Slavia pula kekal di kelompok bawah di tangga ketiga tercorot pada tiga mata.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN