Arsenal lepaskan peluang keemasan

Arsenal lepaskan peluang keemasan

Keputusan itu dianggap mengecewakan buat pengendali The Gunners, Mikel Arteta, yang berharap anak buahnya memanfaatkan kekalahan Manchester City lebih awal untuk melebarkan jurang mata. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Arsenal terlepas peluang untuk memperkukuh cengkaman di puncak Liga Perdana Inggeris selepas terikat 0-0 menentang Nottingham Forest dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Keputusan itu dianggap mengecewakan buat pengendali The Gunners, Mikel Arteta, yang berharap anak buahnya memanfaatkan kekalahan Manchester City lebih awal untuk melebarkan jurang mata.

Arteta mengakui pasukannya hadir dengan misi jelas untuk menang, namun kegagalan menyudahkan beberapa peluang keemasan menyebabkan hasrat itu tidak kesampaian.

Pengurus dari Sepanyol itu turut memuji disiplin dan organisasi Forest yang berjaya mengganggu rentak permainan Arsenal sepanjang 90 minit.

Arsenal kekal di tangga teratas liga dengan 50 mata, tujuh mata di hadapan Manchester City, manakala Aston Villa di tempat ketiga berpeluang merapatkan jurang apabila berdepan Everton.

Kontroversi tercetus pada penghujung perlawanan apabila Arsenal menuntut sepakan penalti susulan bola terkena tangan Ola Aina, namun keputusan VAR menafikan rayuan tersebut.

Sementara itu, pengendali Forest, Sean Dyche menyuarakan kelegaan dengan keputusan pengadil dan menyifatkan prestasi pasukannya sebagai berdisiplin menentang pendahulu liga.

Forest kini berada di kedudukan ke-17 dengan 22 mata dan Dyche menegaskan pasukannya masih perlu bekerja keras bagi menjauhkan diri daripada ancaman penyingkiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN