Anwar menghadap Agong, sembah maklum hal ehwal semasa negara

Anwar menghadap Agong, sembah maklum hal ehwal semasa negara

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika menerima menghadap Anwar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi menyembah maklum perkembangan hal ehwal semasa negara.

Dalam perkongsian di akaun media sosialnya, Anwar mempersembahkan pelbagai perkara berkaitan urusan pentadbiran Kerajaan termasuk isu-isu semasa yang menjadi keutamaan pentadbiran negara.

“Dalam pertemuan tersebut, saya turut mempersembahkan perkara-perkara berkaitan urusan pentadbiran kerajaan serta ikhtiar berterusan bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara.

“Semoga negara tercinta ini terus dikurniakan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN