Aaron-Wooi Yik lengkapkan hari sempurna Malaysia

Aaron-Wooi Yik lengkapkan hari sempurna Malaysia

Aksi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi ketika menentang pasangan Amerika Syarikat, Chen Zi Yi dan Presly Smith pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No. 2 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melengkapkan kemenangan bersih kesemua wakil negara dalam pusingan pertama, hari ini, selepas membenam gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Aaron-Wooi Yik mengambil masa selama 35 minit untuk mengalahkan beregu ke-32 dunia itu 21-11, 21-19 untuk menempah slot pusingan 16 terbaik, esok.

Pasangan No. 1 Malaysia itu kini melebarkan rekod kemenangan 2-0 ke atas Zhi Yi-Smith, selepas beregu yang sama menjadi lawan Aaron-Wooi Yik pada Terbuka Malaysia, tahun lepas.

Pada pusingan kedua, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan sama ada beregu No. 21 dunia, Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan atau pasangan pecah ganding dari China, Chen Xu Jun-Liu Yang.

Aaron berkata, kemenangan itu menjadi satu permulaan yang baik pada tahun baharu ini, cuma kesilapan sendiri pada set kedua sehingga membuka laluan kepada laluan bangkit perlu diperbaiki.

“Mujur kita berjaya mengendalikan masalah itu dan menang perlawanan tersebut. Setakat ini, kondisi kami termasuk keadaan fizikal berada di tahap yang baik,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan berakhir.

Wooi Yik pula berkata, mereka berdua bergelut dalam set kedua ekoran pertukaran gelanggang kerana disebabkan faktor angin di dalam stadium.

“Antara gelanggang perlawanan dengan gelanggang latihan ada beza sikit. Itu yang buatkan pada set kedua tadi macam ada ragu-ragu sikit sebab angin berbeza.

“Bila tukar gelanggang, angin berbeza sikit. Semasa ujian gelanggang, mungkin (arah) angin terbalik, saya pun tak pasti. Kami masih cuba menyesuaikan diri secepat mungkin,” katanya.

Mengulas pula mengenai lawan di pusingan kedua, Wooi Yik berkata, kedua-dua beregu sama ada pasangan China atau Taiwan, bukanlah pencabar yang mudah buat mereka.

“Bagi kami, ia adalah permulaan baru dan tahun baharu, jadi selalunya kita kena sesuaikan diri dengan cepat.

“Saya harap ia satu permulaan yang positif untuk hari ini dan kami akan cuba bincang lagi apa yang boleh dibuat di gelanggang ini sebab situasinya berbeza-beza,” katanya.

Hari ini, kesemua lima wakil Malaysia melepasi halangan awal, selain Aaron-Wooi Yik, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai, Leong Jun Hao, Arif Junaidi-Yap Roy King dan Pearly Tan-M. Thinaah turut melayakkan diri ke pusingan kedua.

Secara keseluruhan, termasuk perlawanan pusingan pertama yang berlangsung, semalam, Malaysia memiliki 10 wakil yang bertarung pada peringkat 16 terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN