Young Tigers tamatkan kempen Piala Dunia di tempat ke-13

Young Tigers tamatkan kempen Piala Dunia di tempat ke-13

Skuad hoki remaja kebangsaan lelaki menewaskan Jepun 3-0 menerusi penentuan penalti shoot out pada klasifikasi tempat ke-13 dan 14 pada Piala Dunia Hoki Remaja 2025 di Tamil Nadu, India, hari ini. - IHSAN FB KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki remaja negara menamatkan kempen Piala Dunia Remaja 2025 di Tamil Nadu dengan penuh bermaruah selepas menewaskan Jepun menerusi penentuan shoot out untuk mengesahkan tempat ke-13.

Malaysia mengikat Jepun 1-1 pada waktu sebenar sebelum mempamerkan ketenangan luar biasa untuk menang 3-0 dalam penentuan shoot out.

Young Tigers mendahului pada minit ke-29 melalui pukulan penalti oleh Azimuddin Syakir Kamaruddin yang tenang menyempurnakan peluang di hadapan gawang Jepun.

Namun Jepun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-53 menerusi jaringan padang Shun Hara yang memaksa perlawanan ditentukan melalui shoot out.

Aksi penentuan menyaksikan tiga anak muda negara — Muhammad Danish Aiman Khairul Anuar, Muhammad Addy Jazmi Jamlus dan Muhammad Adam Asyraf Mohd Johari — menyempurnakan giliran masing-masing tanpa ralat.

Ketangkasan penjaga gol negara turut menjadi pemisah apabila beliau menggagalkan semua percubaan Jepun sekali gus memastikan kemenangan mutlak 3-0.

Kejayaan ini menjadi penutup kempen yang positif buat Young Tigers yang bangkit memperagakan karakter selepas melalui saingan kumpulan yang getir.

Tempat ke-13 mungkin bukan sasaran awal, namun prestasi menundukkan Jepun dengan penuh disiplin membuktikan barisan muda negara memiliki masa depan cerah untuk dibentuk ke peringkat lebih tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN