Tenney raih perak, tuai pingat pertama dari kem MTB negara

Tenney raih perak, tuai pingat pertama dari kem MTB negara

Tenney hanya dipisahkan 3.587s daripada juara dari Indonesia, Rendy Varera. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal bukit negara, Zulfikri Zulkifli menghadiahkan tonik bermakna buat kontinjen Malaysia apabila meraih pingat perak dalam acara cross country eliminator di Khao Kheow Open Zoo, hari ini.

Zulfikri yang mesra disapa Tenney itu mempamerkan kayuhan bertenaga sepanjang perlumbaan sebelum menutup saingan dengan catatan 1 minit 35.277 saat (s), hanya dipisahkan 3.587s daripada juara dari Indonesia, Rendy Varera.

Atlet Filipina, Mark Louwel melengkapkan senarai podium dengan meraih pingat gangsa selepas mencatat masa 1:41.859s.

Kejayaan itu hadir tepat pada waktunya sekali gus menjadi pengubat duka kem mountain bike (MTB) negara yang masih kecewa selepas Eddyna Nasuhar Zainal Abidin gagal menamatkan perlumbaan downhill semalam.

Eddyna terpaksa akur di tempat ketujuh selepas terjatuh dua kali dalam laluan teknikal yang mencabar, sekali gus terlepas podium yang disasarkan.

Pingat perak Zulfikri kini membuka ruang baharu buat skuad berbasikal bukit negara untuk kembali memburu kejayaan lebih besar dalam baki acara yang masih berlangsung.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN