Skuasy: Harith-Wa Sern raih emas beregu lelaki

Skuasy: Harith-Wa Sern raih emas beregu lelaki

Harith Danial Jefri-Low Wa Sern (kanan) membenam cabaran beregu Filipina, Christopher Buraga-Jonathan Reyes yang diletakkan sebagai pilihan pertama dalam perlawanan akhir beregu lelaki bawah 21 tahun pada Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuasy menggondol pingat emas kedua buat Kontinjen Malaysia selepas beregu lelaki, Harith Danial Jefri-Low Wa Sern menundukkan Chrisopher Buraga-Jonathan Reyes dari Filipina pada perlawanan akhir Sukan SEA 2025 di Kolej Vajiravudh, Bangkok, Thailand, hari ini.

Turun selaku pilihan 3/4, pasangan negara itu diberi tentangan sengit Buraga-Reyes yang diletakkan sebagai pilihan pertama sebelum beroleh kemenangan 11-4, 8-11, 11-5 dalam masa 92 minit.

Kejayaan tersebut merupakan emas kedua Malaysia daripada skuasy, setelah beregu campuran, Harith-K. Sehveetraa menjuarai kategori tersebut.

Skuad skuad negara masih berpeluang memburu dua lagi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita.

Dalam aksi perseorangan lelaki, pemain negara, Sanjay Jeeva diletakkan sebagai pilihan pertama, manakala, seorang lagi wakil Malaysia, Duncan Lee memegang status selaku pilihan kedua.

Situasi yang sama berlaku dalam perseorangan wanita, apabila Noor Ainaa Amani Ampandi turun sebagai pilihan pertama dan rakan seperjuangannya, Ying Yee Xin diletakkan selaku pilihan kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN