Skuad hoki dalam dewan akur raih perak

Skuad hoki dalam dewan akur raih perak

SKUAD hoki dalam dewan wanita negara terpaksa akur dengan kekalahan 4-3 kepada Thailand dalam aksi penentuan pingat emas Sukan SEA 2025 di Bangkok, hari ini. - Konfederasi Hoki Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki dalam dewan wanita negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tumpas 4-3 kepada Thailand dalam aksi final di Sukan SEA 2025, hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Pusat Belia Bangkok menyaksikan Thailand terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit kesembilan menerusi Duangwao Wilawan sebelum Raja Norsharina Raja Shabuddin menyamakan kedudukan seminit kemudian.

Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-19 sebelum Jiratchaya Todkaew menafikan kelebihan itu enam minit kemudian.

Thailand mengukuhkan kedudukan apabila kapten, Sakulpithak Tikhamporn dan Todkaew menjaringkan gol pada minit ke-34 dan ke-36.

Nor Asfarina cuba merapatkan kedudukan apabila menjaringkan gol kedua peribadinya ketika permainan berbaki seminit namun usaha tersebut gagal menafikan kemenangan tuan rumah.

Kekalahan itu bermakna Malaysia menyamai pencapaian pada edisi 2023 di Kemboja apabila mereka turut tewas kepada lawan yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN