Skuad bola jaring negara catat hatrik emas,benam Singapura 52-49

Skuad bola jaring negara catat hatrik emas,benam Singapura 52-49

Barisan pemain skuad bola jaring Malaysia yang memenangi pingat emas menewaskan Singapura di pentas akhir di Sukan SEA Thailand 2025.-IHSAN FB Farihaa Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pasukan bola jaring Malaysia bangkit membenam Singapura 52-49 untuk meraih emas Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Chantana Yingyong di Universiti Chulalongkorn, sebentar tadi.

Kemenangan itu jelas memberi kejutan besar kepada Singapura yang merupakan juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025.

Perlawanan akhir itu berlangsung sengit, dengan Singapura mendahului permainan namun Malaysia mempamerkan semangat juang tinggi apabila mengejar mata demi mati dan akhirnya berjaya menewaskan mereka dalam masa tambahan.

Kemenangan itu, membolehkan Malaysia mencatat hatrik emas dalam Sukan SEA sejak tahun 2017, menandakan keunggulan skuad bola jaring negara dalam arena antarabangsa.

Singapura hadir ke pentas temasya dwitahunan edisi ke-33 selaku pasukan pilihan, berikutan kejayaan mereka muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu dan saingan Piala Liga Negara-Negara 2025.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN