Sharifah Zarina bengang, suami artis terkenal didakwa mengurat Athalia - Utusan Malaysia

Sharifah Zarina bengang, suami artis terkenal didakwa mengurat Athalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Sharifah Zarina meluat dengan tindakan seorang suami kepada artis terkenal yang didakwa cuba mengurat anaknya, Athalia, menerusi media sosial.

Menurut Sharifah Zarina Wan Hassan, lelaki berkenaan didakwa kerap meninggalkan komen serta membalas Instagram Story Athalia sebelum mengajak selebriti muda itu keluar berdua-duaan.

Katanya, pendedahan tersebut dibuat bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya sebagai langkah menghentikan perbuatan tidak bermoral itu daripada terus berlarutan.

“Saya tidak suka media sosial dicemari dengan perkara sebegini, namun ini jalan terbaik untuk menghentikannya tanpa menyakiti hati sesiapa kecuali individu berkenaan.

“Saya mohon sangat agar suami orang ini berhenti mengganggu Athalia. Bermula dengan membalas Instagram Story, bertanya khabar dan akhirnya mengajak keluar berdua tanpa anak serta isteri,” katanya menerusi satu hantaran di Threads.

Sharifah Zarina turut meluahkan kebimbangan sekiranya perkara tersebut disalah tafsir dan anaknya pula dipersalahkan.

“Allahuakbar, berani sungguh. Jangan sampai nanti terkantoi dengan isteri awak yang juga selebriti terkenal dan anak saya pula dituduh menggatal,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Sharifah Zarina turut memberi amaran tegas kepada lelaki terbabit agar menghentikan perbuatannya demi menjaga maruah semua pihak.

“Saya menulis ini kerana saya tahu ia akan sampai kepada awak. Saya boleh sahaja menghubungi awak atau isteri awak secara peribadi, namun saya tidak sanggup merosakkan rumah tangga orang.

“Bimbang juga jika nanti awak berbaik semula, kami pula yang dipersalahkan. Saya akui sepanjang mengenali awak, awak kelihatan baik.

“Namun sebagai seorang suami, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Bersyukurlah dengan keluarga yang awak miliki sekarang. Mereka orang hebat dan citarasa Athalia bukan seperti awak,” tegasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN