Rachel raih emas ketiga Malaysia

Rachel raih emas ketiga Malaysia

Atlet gimnastik, Rachel Yeoh ketika beraksi acara palang bertingkat di Gimnasium Thammasat University, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Atlet gimnastik, Rachel Yeoh menghadiahkan emas ketiga buat Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 selepas mengungguli acara palang bertingkat di Gimnasium Thammasat University, hari ini.

Atlet berusia 24 tahun itu mengutip 13.300 mata untuk menewaskan wakil Filipina, Haylee Garcia yang meraih 12.300 mata, manakala Colleen Kajia Hong dari Singapura membawa pulang gangsa (10.933).

Kejayaan merangkul emas itu cukup manis buat Rachel apabila sebelum ini pernah dinasihatkan untuk bersara kerana berdepan kecederaan serius di bahagian lutut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN