KUALA LUMPUR: Prestasi seseorang Perdana Menteri tidak hanya bersifat individualistik sebaliknya bergantung kepada kecemerlangan jentera utama kerajaan iaitu penjawat awam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan dikecapi Malaysia sejak kebelakangan ini termasuklah penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 baru-baru ini antara lainnya disumbangkan oleh kekuatan dan kecekapan penjawat awam. Beliau turut menyifatkan penjawat awam merupakan tonggak penting dalam pencapaian dilakar negara. “Orang melihat tentunya prestasi Perdana Menteri.. tetapi orang…










