ALOR SETAR: Kes seorang warden tahfiz yang didakwa merotan pelajar berusia 11 tahun di Sungai Kob, Kulim yang pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan diklasifikasi semula di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), semalam dengan cadangan pertuduhan di bawah Seksyen 31(1) akta tersebut yang lebih bersesuaian kerana pengabaian yang boleh menyebabkan kecederaan.…










