KUALA LUMPUR: Sektor minyak sawit di negara ini berada dalam kedudukan kukuh untuk menyertai pasaran karbon selepas melaksanakan amalan kemampanan dan ekonomi kitaran di seluruh rantaian nilainya. Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, setakat ini kerajaan telah memperkenalkan langkah-langkah untuk mengurangkan pelepasan di peringkat industri, termasuk usaha membendung pembalakan dan penebangan hutan. “Bagi sektor minyak sawit, saya telah mengarahkan serta-merta agar tiada aktiviti penebangan hutan dilakukan…










