Magis Cherki bawa City ke puncak EPL

Magis Cherki bawa City ke puncak EPL

Cherki menutup perlawanan dengan gaya tersendiri apabila melepaskan rembatan penentu pada minit ke-83 dalam aksi menentag Nottingham Forest, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM: Sentuhan magis Rayan Cherki sekali lagi menjadi nadi kebangkitan Manchester City apabila pemain muda Perancis itu muncul wira dalam kemenangan sukar 2-1 ke atas Nottingham Forest untuk melonjakkan pasukan kendalian Pep Guardiola ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

City dipaksa bekerja keras menangkis asakan tuan rumah sebelum Cherki memainkan peranan penting dengan mencorak permainan yang akhirnya membezakan dua pasukan di City Ground.

Pemain berusia 22 tahun itu terlebih dahulu menjadi arkitek jaringan pembukaan apabila lorongan pintarnya membuka ruang buat Tijjani Reijnders menamatkan kebuntuan sejurus selepas rehat.

Forest enggan mengalah apabila Omari Hutchinson menyambar peluang hasil kesilapan lawan untuk menyamakan kedudukan, sekali gus mencetuskan kebangkitan singkat pasukan tuan rumah.

Namun, Cherki menutup perlawanan dengan gaya tersendiri apabila melepaskan rembatan penentu pada minit ke-83 untuk memastikan tiga mata penuh menjadi milik juara bertahan itu.

Kemenangan tersebut menyaksikan City merekodkan lapan kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan dan enam perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus meletakkan mereka satu mata di hadapan Arsenal.

Forest sebelum perlawanan mengadakan penghormatan khas buat legenda kelab, John Robertson, yang meninggal dunia pada Hari Krismas, dengan kenangan terhadap wira dua kejuaraan Piala Eropah itu menyemarakkan emosi penyokong tuan rumah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN