Liew Daren kini jurulatih Zii Jia

Liew Daren kini jurulatih Zii Jia

LIEW Daren akan membimbing Lee Zii Jia selepas berakhirnya Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang bermula minggu depan. - IHSAN IG LIEW DAREN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain kebangsaan, Liew Daren bakal membimbing bintang perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia selepas kontrak jurulatihnya, Yeoh Kay Bin tidak disambung.

Hal ini kerana, Kay Bin dikatakan mahu mengubah angin meneroka cabaran baharu sekali gus menamatkan rentetan kekurangan pertandingan akibat kecederaan pemain berusia 27 tahun ini.

Zii Jia dalam kenyataan Team LZJ hari ini berkata, beliau menghargai sepanjang tempoh setahun Kay Bin membimbing Zii Jia biarpun bergelut dengan kecederaan hampir setahun. 

“Saya amat menghormati Coach Kay Bin yang sentiasa berada di sisi saya sepanjang tahun ini.

“Saya belajar banyak perkara baharu daripadanya dan saya sendiri berasa kecewa kerana tidak mempunyai banyak peluang untuk mempamerkan apa yang kami lakukan dalam latihan.

“Itulah sebabnya saya memahami hasrat Coach Kay Bin untuk mencari cabaran baharu dan saya mendoakan yang terbaik buat beliau,” kata Zii Jia dalam kenyataan hari ini.

Kay Bin menyertai Team LZJ pada Disember tahun lalu bagi menggantikan bekas jurulatihnya, Wong Tat Meng yang turut kontraknya berakhir ketika itu.

Meskipun kontraknya berakhir, Kay Bin bersetuju untuk membimbing Zii Jia sehingga tamatnya Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang 6 hingga 11 Januari ini.

Selepas Terbuka Malaysia, Daren akan kembali menyertai pasukan LZJ untuk mengisi kapasiti kejurulatihan.

Daren baharu sahaja menamatkan penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas disabit kesalahan aktiviti pertaruhan antara 2018 hingga 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN