Lelaki maut tertimbus tanah runtuh

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh

BOMBA melakukan operasi menyelamat di di Jalan Industri A5, Bandar Penawar, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Jalan Industri A5, Bandar Penawar, di sini semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1 tengah hari.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah kilang.

“Dalam kejadian tersebut, dua orang mangsa yang merupakan pekerja kerja-kerja pempaipan terlibat apabila tertimbus akibat runtuhan tanah.

“Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa berusia 52 tahun tertimbus sepenuhnya di dalam tanah dianggarkan sedalam kira-kira tiga meter,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan menggali, peralatan tali serta bantuan jentera di lokasi kejadian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya.

Jelasnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.25 petang setelah pihak bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN