SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah beg yang ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Pedas-Linggi, Rembau, semalam. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 41 tahun itu ditahan di Melaka pada petang semalam. “Permohonan reman terhadap lelaki berkenaan telah dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibenarkan selama tujuh hari bermula…










