KUALA LUMPUR: Tahun Baru 2026 disifatkan sebagai lembaran penting untuk seluruh rakyat Malaysia memperbaharui azam dan tekad dalam membina sebuah negara yang sejahtera dan makmur dengan ‘Semangat Malaysia Madani’. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, tahun baharu bukan sahaja membawa harapan baharu, malah menjadi ruang muhasabah terhadap perjalanan negara serta tanggungjawab bersama untuk melangkah lebih jauh dalam agenda pembangunan nasional yang inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan. Katanya, komitmen…







