GEORGE TOWN: Kerajaan negeri mahu orang ramai termasuk persatuan profesional memberi pandangan dalam Program Publisiti dan Penyertaan Awam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang (RSNPP) 2040 (Kajian Semula) khususnya berkaitan dasar pembangunan cerun. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sesi publisiti itu membuka ruang kepada semua pihak termasuk individu, komuniti, pertubuhan, sektor swasta dan badan profesional untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai hala tuju pembangunan negeri serta pembangunan cerun. “Inilah tujuan program…










