KUALA LUMPUR: Kerajaan melancarkan inisiatif untuk mempercepatkan pelaksanaan agenda tenaga bersih dan pengurangan karbon di negara ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Transisi Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Fadillah Yusof berkata, inisiatif dikenali R.A.C.E to ZERO 2026 itu akan memfokuskan pembangunan kapasiti tenaga hijau, penyertaan industri, penyediaan rangka kerja projek serta penghubungan pemain tenaga. “Matlamat utama inisiatif ini bagi mempercepatkan Malaysia menjadi negara sifar bersih karbon menjelang 2050 dan pengurangan…







