Karate cemerlang sumbang dua emas

Karate cemerlang sumbang dua emas

Aksi Thevendran Kaliana Sundram dalam acara kumite lelaki 55 kilogram (kg) yang menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen negara.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Skuad karate menyumbangkan dua emas hari ini menerusi acara kumite lelaki 55 kilogram (kg) dan wanita kumite 50 kg menerusi Thevendran Kaliana Sundram serta C. Shahmalarani.

Dalam aksi final di aksi di Ratthaprasasanphakdi Building Govermment Complex itu, Thevendran menumpaskan atlet Vietnam Chu Van Duc 4-0 untuk mengesahkan emas kelima kontinjen Malaysia.

AKSI C. Shahmalarani dalam acara wanita kumite 50 kg di Sukan SEA Thailand 2025.

Tidak lama selepas itu, giliran Shahmalarani mengharumkan nama Malaysia apabila mempamerkan penguasan penuh untuk menumpaskan wakil Mynamar, Florence Nay Chi Htun juga dengan kiraan mata 4-0.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN