JOHOR BAHRU: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM11.43 bilion pada tahun ini untuk projek-projek membina dan membaiki infrastruktur awam di negeri ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, RM10.24 bilion diperuntukkan untuk projek pra-pembinaan dan pembinaan yang akan membentuk asas infrastruktur moden dan berdaya saing. “Sementara RM1.19 bilion khusus untuk penyelenggaraan jalan, bangunan dan cerun, memastikan aset awam sentiasa selamat, berkesan dan mampan. “Menerusi peruntukan ini,…







