Jangan terlalu yakin lawan Sabah -TMJ 

Jangan terlalu yakin lawan Sabah -TMJ 

TUNKU MAHKOTA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, melaung amaran agar pasukan kendaliannya tidak terlalu yakin berdepan Sabah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil(SNBJ) pada Ahad ini.

Baginda berkata, walaupun JDT pernah menewaskan Sabah dalm saingan Liga Super, situasi final berbeza sama sekali dan pelbagai kemungkinan pelik boleh berlaku. 

“Final ni macam-macam benda pelik boleh berlaku,” tegas baginda.

Baginda yang juga Pemangku Sultan Johor berkata, pengalaman pahit JDT yang sebelum ini pernah tewas kepada Kuala Lumpur(KL) City FC  dengan keputusan 0-2 pada final edisi lalu turut menjadi pengajaran penting buat diri dan pasukannya agar tidak mengambil mudah perlawanan akhir ini. 

“Itu sebab kita pergi, kita ingat kita hebat. Kena 2-0 dengan KL City, lepas tu baru kita sedar. Benda tu macam satu tamparan buat JDT,” katanya.

Baginda juga menjelaskan Sabah mempunyai barisan pemain yang mantap dan bukan pasukan yang mudah ditewaskan walaupun pernah tewas sebelum ini. 

“Sabah mempunyai pemain yang bagus. Cuma hari tu yang dia kena berapa banyak gol itu, memang tiada nasib langsung. Pemain pun tak semangat sebab masa tu player tak dapat gaji,” jelasnya.

Namun kini, situasi Sabah dilihat sudah berubah dan lebih stabil. Justeru, TMJ menegaskan JDT tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan. 

“Jadi, final ni jangan ingat lawan Sabah kita ni overconfident. Apa-apa boleh berlaku. Ini perlawanan akhir,” tegasnya.

JDT selaku juara bertahan  pastinya mahu mempertahankan Piala berprestij itu di samping Sabah yang hadir dengan misi mahu tamatkan kemarau hampir tiga dekad.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN