Haritz Iklil butirkan emas ke-50

Haritz Iklil butirkan emas ke-50

CATATAN 447.5 mata yang diraih pada akai final itu juga memecahkan rekod temasya 445.3 mata yang dilakar oleh penembak Thailand, Napis Tortunhpanich ketika Sukan SEA Vietnam 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penembak negara, Haritz Iklil Hessly Hafiz membutirkan emas ke-50 buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara 50 meter (m) Rifle 3 Positions, sebentar tadi.

Lebih manis, catatan 447.5 mata yang diraih pada akai final itu juga memecahkan rekod temasya 445.3 mata yang dilakar oleh penembak Thailand, Napis Tortunhpanich ketika Sukan SEA Vietnam 2022.

Pingat perak dalam acara berkenaan dimenangi oleh penembak Singapura, Leyton Marat dengan 446.6 mata, manakala wakil Indonesia, Fatur Gustavian berpuas hati dengan gangsa 437.7 mata.

Menurut Haritz Iklil, dia mendedikasikan pingat emas kepada Allahyarham bapanya yang meninggal dunia dua bulan lalu selain mendedahkan sokongan keluarga menjadi pencetus kemenangannya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN