Harith-Sehveetraa raih emas skuasy beregu campuran

Harith-Sehveetraa raih emas skuasy beregu campuran

Harith Danial Jefri (kiri) dan K. Sehveetraa berjaya meraih pingat emas acara skuasy beregu campuran pada Sukan SEA 2025 di Kolej Vajiravudh, Bangkok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekalipun tidak menurunkan pemain utama, dengan hanya mewakilkan gandingan muda, Harith Danial Jefri-K. Sehveetraa masih mampu menjelmakan pingat emas buat Malaysia dalam acara skuasy beregu campuran pada Sukan SEA 2025 di Kolej Vajiravudh, Bangkok, Thailand, hari ini.

Sehvetraa-Harith tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan straight set 11-5, 11-2 dalam masa 33 minit ke atas pasangan Filipina, Jonathan Reyes-Aerra Jc Mae Relano pada perlawanan akhir beregu campuran bawah 21 tahun.

Untuk makluman, dalam sukan skuasy pada edisi kali ini, acara beregu hanya mempertaruhkan kategori usia bawah 21 tahun.

Bagaimanapun, bagi acara perseorangan lelaki dan wanita, tiada had umur diletakkan dengan pemain senior menjadi pertaruhan negara-negara bertanding bagi merebut pingat.

Skuasy merupakan lubuk pingat emas buat Kontinjen Malaysia, walaupun, pada temasya kali ini, skuad kebangsaan tidak menurunkan beberapa pemain utama seperti bintang No. 7 dunia, S. Sivasangari, Ng Eain Yow, Rachel Arnold, Aira Azman dan Aifa Azman.

Selain beregu campuran, Malaysia turut memburu tiga lagi pingat emas dalam perseorangan lelaki dan wanita serta beregu lelaki bawah 21 tahun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN