Gerakan Kultus di Malaysia: Mufti Perlis diminta tampil beri maklumat

Gerakan Kultus di Malaysia: Mufti Perlis diminta tampil beri maklumat

SAIFUDDIN Nasution Ismail melancarkan Buku Garis Panduan Permit Masuk pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bulan Disember 2025 di Kompleks Setia Perkasa Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin diminta tampil menyerahkan maklumat atau bukti berkaitan dengan dakwaan wujudnya gerakan kultus dari Korea yang dikatakan sedang aktif di Malaysia.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

“Saya mempelawa Dr. MAZA (Mohd. Asri) tampil membekalkan maklumat yang lengkap kepada pihak berkuasa. Tentunya, kalau beliau mempunyai maklumat seperti yang disebut.

“Perkara itu saya fikir lebih boleh kita uruskan mengikut jalur hukum (undang-undang), pihak yang menyebut bahawa ada kes seumpama itu, menjadi tanggungjawab untuk mereka tampil, memberikan maklumat kepada pihak berkuasa iaitu polis,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Pada 3 Disember lalu, media melaporkan sebuah gerakan kultus berasal dari Korea menggunakan nama Jesus dengan pelbagai dakwaan yang sangat janggal dan menyimpang sedang aktif di Malaysia.

Mohd. Asri berkata, aliran Kristian yang utama juga tidak mengiktiraf gerakan kultus berkenaan.

Kata beliau, perkara yang turut menimbulkan persoalan ramai ahli Parlimen muslim dan individu penting Parlimen kelihatan aktif menyertai dan membantu gerakan kultus tersebut.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Cawangan Khas Bukit Aman mempunyai unit khusus yang menangani isu ajaran sesat merentasi pelbagai agama dan penganut, termasuk pemantauan modus operandi kumpulan serta individu terlibat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN