Elias sedia tumbangkan Fahri

Elias sedia tumbangkan Fahri

MUHAMMAD Elias Ghazali Zulfikar ketika sesi timbang berat Kejohanan Muay Thai Fury Redemption di Arena Sukan Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KUALA LUMPUR: Petarung Muay Thai negara, Muhammad Elias Ghazali Zulfikar melaungkan  penuh yakin untuk menumbangkan jaguh Indonesia, Fahri Alamsyah dalam pertarungan utama Fury Redemption di Arena Sukan Kuala Lumpur, esok.

Wakil Rentap Muay Thai Gym itu melihat pertemuan berkenaan sebagai peluang menutup kempen tahun ini dengan kemenangan bergaya selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim.

“Saya akan ikut game plan saya dan dalam Muay Thai kita tak boleh jangka bila KO akan berlaku, tapi sasaran saya adalah dua atau tiga pusingan.

“Saya nak cuba tekan untuk knockout (KO) pada pusingan dua atau pusingan tiga, insya-Allah,” kata Elias kepada pemberita selepas sesi timbang berat di sini, hari ini.

Elias mengakui prestasinya sepanjang tahun ini berada pada tahap terbaik selepas mengharungi lebih 10 pertarungan dan meraih kebanyakan kemenangan.

Beliau turut merancang untuk mengumpul lebih banyak pengalaman dengan bertarung di Bangkok pada tahun depan sebagai persediaan menentang lawan lebih berpengalaman.

“Tahun ini prestasi saya bagus dan langkah seterusnya saya mahu bertarung lebih banyak di Bangkok untuk tambah pengalaman dengan petarung yang lebih kuat,” katanya.

Dengan rekod juara Wilayah Pahlawan International Muay Thai Championship 2.0 di Stadium Titiwangsa pada 7 Disember lalu, Elias turun ke gelanggang esok dengan keyakinan tinggi untuk menjadikan Fahri mangsa seterusnya dalam misi memburu KO awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN