Boling lepasi sasaran dua pingat emas

Boling lepasi sasaran dua pingat emas

(DARI kiri) Adania Mohd Redzwan, Nur Hazirah Ramli, Nastaha Mohamed Roslan dan Sin Li Jane menewaskan Indonesia pada acara akhir berpasukan wanita Sukan SEA Thailand 2025, hari ini. - IHSAN MTBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kem tenpin boling negara membutirkan pingat emas kedua menerusi acara berpasukan wanita pada Sukan SEA 2025 di Blu-O Rhythm Bowl, Bangkok, hari ini.

Skuad yang dibarisi Natasha Mohamed Roslan, Sin Li Jane, Nur Hazirah Ramli dan Adania Mohd Redzwan mempamerkan balingan konsisten untuk menundukkan pasukan Indonesia pada aksi akhir.

Malaysia mencatat 817 jatuhan pin, menewaskan Indonesia yang mengumpul 773 jatuhan pin, sekaligus mengukuhkan kedudukan negara di carta pingat boling.

Dalam pada itu, skuad lelaki yang terdiri daripada Muhammad Syazirol Shamsudin, Muhammad Rafiq Ismail, Tun Ameerul Al Hakim Tun Hasnul Azam dan Fan Yew Tsen menyumbang gangsa selepas tewas kepada Filipina 814-723 jatuhan pin pada aksi separuh akhir.

Secara keseluruhan, pasukan boling negara mengumpul dua emas, satu perak dan empat gangsa, melepasi sasaran awal dua kilauan emas yang ditetapkan oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC).

Sebelum ini, kejayaan skuad negara di Kejohanan Dunia memberi tonik berharga dan meningkatkan keyakinan pemain untuk menawan sekurang-kurangnya dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN