Arsenal rampas puncak EPL daripada City

Arsenal rampas puncak EPL daripada City

Pemain tengah Brighton, Yasin Ayari (kanan bawah) rebah ke tanah semasa pergelutan di hadapan gol Arsenal pada penghujung perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Brighton di Stadium Emirates, London, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Arsenal mengetepikan krisis kecederaan di benteng pertahanan untuk merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Brighton di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta terpaksa beraksi tanpa beberapa pemain pertahanan utama termasuk Riccardo Calafiori yang mengalami kecederaan ketika sesi memanaskan badan sebelum sepak mula.

Namun ketiadaan pemain tidak menjejaskan rentak Arsenal apabila kapten pasukan, Martin Odegaard membuka jaringan separuh masa pertama sebelum Georginio Rutter menghadiahkan gol kedua menerusi jaringan sendiri pada babak kedua.

Brighton cuba bangkit menerusi gol Diego Gomez, tetapi The Gunners kekal kental untuk mengesahkan kemenangan liga ketiga berturut-turut musim ini.

Keputusan itu menyaksikan Arsenal kembali mendahului carta liga dengan kelebihan dua mata mengatasi Manchester City yang sebelum itu sempat merampas kedudukan teratas.

Arteta terpaksa melakukan eksperimen taktikal dengan meletakkan Declan Rice di posisi bek kanan dan Myles Lewis-Skelly di bek kiri susulan kecederaan Ben White, Jurrien Timber dan Cristhian Mosquera.

Arsenal mendominasi perlawanan sejak awal dan akhirnya memecah kebuntuan hasil kesilapan penjaga gol Brighton, Bart Verbruggen, yang dimanfaatkan Odegaard untuk menamatkan kemarau golnya musim ini.

Brighton yang gagal mencipta sebarang percubaan tepat pada separuh masa pertama hampir menyamakan kedudukan lewat permainan, namun ketangkasan David Raya memastikan tiga mata kekal milik Arsenal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN