Vasseur minta Hamilton bertenang

Vasseur minta Hamilton bertenang

LEWIS HAMILTON - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAS VEGAS: Lewis Hamilton disarankan untuk bertenang oleh ketua pasukan Ferrari, Fred Vasseur sebagai respons kepada komen yang dibuatnya di Grand Prix (GP) Las Vegas.

Musim sulung juara dunia tujuh kali itu bersama Ferrari terus mengecewakan di Las Vegas, membawa kepada kenyataan pasca perlumbaan yang agak suram.

Vasseur berkata kenyataan membimbangkan daripada Hamilton itu dibuat ketika emosinya berada dalam keadaan tidak stabil.

“Saya boleh faham reaksi Lewis sejurus selepas perlumbaan. Tetapi kita hanya perlu bertenang, berbincang dan fokus pada dua perlumbaan seterusnya kerana dalam dua perlumbaan itu, kita akan kembali.

“Ingat juga bahawa Lewis berada di petak pertama dan petak kedua dan kelajuannya baik. Kita perlu membina hujung minggu seperti itu dan saya fikir bermula dari petak ke-20 bukanlah cara terbaik,” katanya.

Terdahulu, Hamilton meluahkan kekecewaannya apabila berkata musim 2025 merupakan musim paling buruk yang terpaksa dilaluinya.

“Saya tidak sabar ia berakhir, saya menantikan ia berakhir. Saya tidak menantikan perlumbaan seterusnya,” kata Hamitlon.

Apabila ditanya sama ada yang dimaksudkannya ialah perlumbaan hujung minggu ini di Qatar, Hamilton menjawab: “Musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN