KUALA NERUS: Usaha memelihara ekosistem tanah bencah negara terus diperkasa apabila Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerajui Ekspedisi Penyelidikan Saintifik Biodiversiti Tanah Bencah Kong Kong, Johor, yang berlangsung pada 4 hingga 10 Oktober lalu. Hasil dapatan ekspedisi tersebut dibentangkan dalam Seminar Prosiding Ekspedisi Penyelidikan Saintifik Biodiversiti Tanah Bencah Kong Kong 2025 yang berlangsung Kuala Terengganu, hari ini. Ekspedisi berkenaan menghimpunkan hampir 80 penyelidik daripada UMT, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak…










