Tiga beregu Malaysia ke suku akhir

Tiga beregu Malaysia ke suku akhir

Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan, Goh V Shem-Choi Sol Gyu yang menewaskan pasangan Malaysia, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-19, 21-13.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 4 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menempah slot suku akhir selepas menyingkirkan Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney, Australia, hari ini.

Pilihan kedua itu dipaksa bekerja keras sebelum beroleh kemenangan ke atas pasangan No. 22 dunia itu 21-23, 21-17, 21-10 dalam masa 59 minit.

Pada suku akhir, esok, Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu gabungan dua negara iaitu Malaysia dan Korea Selatan, Goh V Shem-Choi Sol Gyu yang menewaskan pasangan Malaysia, Arif Junaidi-Yap Roy King 21-19, 21-13.

Turut mara ke suku akhir, gandingan No. 5 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang melakar kemenangan straight set ke atas wakil Denmark, Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer 21-11, 21-16 dalam masa 28 minit.

Pilihan ketiga itu bakal menghitung pertemuan dengan Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dari Indonesia pada suku akhir selepas beregu ke-33 dunia itu menundukkan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 18-21, 21-17, 21-15.

Dalam aksi beregu campuran, juara dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menumpaskan gandingan Taiwan, Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.

Esok, Tang Jie-Ee Wei yang menghuni ranking No. 4 dunia bakal berdepan pasangan ke-17 dunia Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan.

Sementara itu, dua wakil perseorangan lelaki dan wanita negara, Wong Ling Ching serta Aidil Sholeh Ali Sadikin tewas kepada lawan masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN