Terengganu ikat NSFC di Paroi

Terengganu ikat NSFC di Paroi

PEMAIN Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki diasak penyerang Terengganu FC, Raianderson da Costa Morais pada aksi Liga Super 2025/26 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi , petang tadi-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Terengganu FC bangkit pada lewat permainan untuk mengikat Negeri Sembilan FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, petang tadi.

Biarpun beraksi dengan 10 pemain selepas Kyaw Min Oo dibuang padang pada minit ke-15, Terengganu mempamerkan semangat juang tinggi untuk memberi tentangan kepada tuan rumah.

Min Oo yang juga pemain import dari Myanmar dibuang padang selepas mengasari Joseph Esso, sekali gus dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhammad Usaid Jamal.

Menentang lawan yang kurang seorang pemain, anak buah Nidzam Jamil melakukan asakan bertali arus ke pintu gawang Terengganu yang dikawal Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin.

Malang menimpa Terengganu apabila mereka terpaksa mengeluarkan Syed Muhammad Nasrulhaq selepas penjaga gol itu mengalami kecederaan dan digantikan oleh Suhaimi Husin.

Skuad Hobin Jang Hobin akhirnya memecahkan kebuntuan pada masa tambahan babak pertama menerusi penyudah kemas Luqman Hakim Shamsudin untuk menutup separuh masa dengan kelebihan 1-0.

Bersambung babak kedua pula, Terengganu memperkemaskan rentak permainan untuk mengimbangi kelebihan tuan rumah dengan Skuad Penyu sesekali melakukan serangan balas.

Bagaimanapun, kekebalan benteng pertahanan tuan rumah menjadi penghalang untuk Terengganu mencari gol penyamaan, biarpun dihidang beberqpa peluanh terbaik.

Gol yang dinanti-nanti Terengganu akhirnya hadir pada minit ke-90 menerusi Nurillo Tukhtasinov selepas bijak menyudahkan umpanan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazli.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan berkongsi satu mata-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN