Terbuka Malaysia: Enrique-Elvis raih emas pertama negara

Terbuka Malaysia: Enrique-Elvis raih emas pertama negara

Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri ketika membuat terjunan dalam acara 3m papan anjal wanita akhir pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia 2025 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia akhirnya membuka akaun emas pada Kejohanan Terjun Terbuka Malaysia menerusi pasangan lelaki, Enrique Maccartney Harold-Elvis Priestley Clement dalam acara 10 meter (m) platform seirama di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

Gandingan negara itu tampil konsisten sepanjang enam pusingan untuk mengumpul 372.93 mata sekali gus mengetepikan cabaran rakan senegara, Bertrand Rhodict Lises–Jared Aiden Harold yang meraih perak dengan 371.91 mata.

Pasangan Atlet Neutral (NAB), Aleksandr Kalashnikov–Sandro Rogava melengkapkan podium di tempat ketiga selepas mencatat 357.90 mata.

Sementara itu, acara 3m papan anjal wanita menyaksikan nasib tidak menyebelahi penerjun muda negara, Lee Yiat Qing yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 270.35 mata.

Yiat Qing yang mendahului selepas empat terjunan awal dipintas pada saat akhir oleh wakil NAB, Nadezhda Trifonova yang muncul juara dengan kutipan 272.60 mata.

Gangsa menjadi milik wakil Hong Kong, Ziyi Wang yang menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 228.75 mata.

Dalam saingan 3m papan anjal seirama lelaki, gandingan Aleksandr Kalashnikov–Aleksandr Cherepakhin dari NAB mempamerkan dominasi apabila merangkul emas dengan 376.74 mata.

Pasangan muda negara, Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim–Yong Rui Jie memberikan tentangan hebat namun sekadar meraih perak selepas mengumpul 339.57 mata.

Gandingan berpengalaman, Muhammad Syafiq Puteh–Enrique Maccartney Harold pula melengkapkan podium di tempat ketiga dengan catatan 328.68 mata.

Acara 10m platform seirama campuran menyaksikan pasangan remaja negara, Cecilia Olivia Christopher Leoneil–Muhd. Anilrian Normatrud Abdullah menghadiahkan perak selepas mencatat 234.78 mata di belakang wakil NAB, Nikita Kudryavtsev–Ekaterina Beliaeva yang meraih emas dengan 257.88 mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN